Bismillah. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW hingga hari kesudahan.
Hadis di atas menunjukkan kepada kita bahawa mengutamakan kepentingan orang yang dalam keadaan yang terdesak lebih diutamakan daripada mengutamakan kepentingan peribadi yang mungkin boleh ditunda. Membantu sesama insan adalah cerminan seorang muslim, apatah lagi membantu pelajar-pelajar yang kurang kelainan upaya (OKU) dalam mengenal Allah, mengenal rasul dan kitabnya, insyaa Allah ada kemuliaan di sisi-Nya.
MISI SUMBANGAN KEPADA PESAKIT KANSER LIDAH ialah misi kami Insaniah Rakyat yang dikemudi oleh Tuan Shamsuddin Kadir untuk memberi sumbangan berupa dana kepada Cikpuan Siti Sarah binti Azlan.
Beliau merupakan seorang ibu kepada empat orang anak. Keadaan beliau terkini adalah dikategori kritikal kerana sudah masuk ke kanser lidah Tahap 4. Kos perubatan yang terpaksa dihadapi adalah berjumlah RM150,000!! Dengan status kewangan yang terhad dan masih mempunyai anak-anak yang perlu ditanggung, beliau hadir di Insaniah Rakyat dengan satu makna, iaitu mencari Sinar Harapan untuk beliau dan anak-anaknya.
“Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.”
(Surah al-Baqarah: 274)
Kebaikan yang kita inginkan selama ini akan dimakbulkan oleh Allah melalui kebaikan yang telah kita lakukan, insyaa Allah.
Bagi yang ingin menyumbang secara bulanan, boleh KLIK LINK INI UNTUK DIRECT DEBIT INSANIAH RAKYAT <
Sumbangan bulanan boleh dibuat, insyaAllah bermula RM 10 sebulan. Setelah tuan dan cikpuan mendaftar di link di atas, wang sumbangan akan ditolak dari akaun antara 1 – 7hb pada setiap bulan InsyaAllah. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami melalui WhatsApp di talian 010 8080 474
kami suka dan amat menghargai sumbangan dari pihak tuan dan cikpuan. Kami mendoakan sebanyak mana sumbangan ikhlas (termasuk doa) yang diberikan ini, iaitu termasuk bagi melancarkan pengurusan sukarelawan dan juga sebahagian besarnya bagi sumbangan membantu individu yang memerlukan, menjadi sebagai salah satu amal yang dinilai Allah antara timbangan yang paling berat di akhirat kelak. Aamiin YRA.
KAMI SUKA!