Meningkatkan Nilai Kehidupan

Pihak IR menganjurkan, melaksanakan apa-apa program dan aktiviti yang sesuai dan memberi manfaat demi keberkatan, kesenangan dan kemakmuran masyarakat dan ahli.

Hub Sumbangan, Derma, Infaq dan Tajaan.

Mewujudkan tabung-tabung khas bagi membiayai kos operasi dan kebajikan ahli dan masyarakat melalui sumbangan, derma, infaq dan tajaan termasuk dari badan-badan korporat yang dibenarkan oleh pendaftar pertubuhan dan badan berkuasa yang berkaitan.

Meningkatkan Nilai Insaniah

Meningkatkan nilai kemanusiaan di dalam jiwa setiap ahli dan semua lapisan masyarakat supaya tangisan, kelaparan, bebanan hidup, penganiayaan dapat dikurangkan dengan melahirkan lebih banyak jiwa manusia yang berhati insaniah, untuk berlumba-lumba membantu sebelum mereka merayu atau meminta-minta.