Bantuan Insaniah di sekitar Padang Jawa, Klang
Pengerusi Pertubuhan dan sukarelawan ke Padang Jawa pada 21 Disember 2021 untuk memberikan bantuan.
Ada 1 keluarga 8 orang. 3 dewasa dan 5 kanak kanak. Paling kecil umur 4 bulan. Rumah mereka di Seksyen 25 tenggelam sehinnga siling tingkat 1. Rumah teres 2 tingkat.
Si ayah kerja repair motor di rumah sendiri sebagai bengkel.
Mereka sekeluarga terus bergegas keluar rumah naik kereta Proton Exora redah banjir keluar dari kawasan taman.
Sampai depan Aeon Big Seksyen 23 enjin kereta tiba tiba mati. Bila nak start tak boleh. Tiba tiba nak start semula blok enjin kereta pula pecah. Kereta tersadai tepi jalan.
Setakat Maghrib semalam mereka maklum rumah masih tenggelam air belum surut.