“..jika ada yang memerlukan wang tunai berbanding daging, maka bagi mereka yang hanya berkemampuan untuk korban sahaja bersedekah dengan nilai korban itu adalah lebih utama daripada melakukan ibadah korban itu sendiri.
Dalam keadaan ramai rakyat yang tiada duit dan makanan, maka barangan keperluan dan kewangan lebih diperlukan berbanding daging korban.”
Mufti Wilayah Persekutuan : Edisi Haji & Korban Siri ke 51 (Julai 2021)
Bismillah. Nabi Muhammad SAW.
Alhamdulillah, tahun ini insyaAllah adalah tahun ke-12 Misi Korban Duit yang kita sudah laksanakan bermula Hari Raya Korban tahun 2013 yang lalu.
“Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.”
(Surah al-Baqarah: 274)
Kebaikan yang kita inginkan selama ini akan dimakbulkan oleh Allah melalui kebaikan yang telah kita lakukan, insyaa Allah.
Pihak Insaniah Rakyat juga amat mengalukan sumbangan secara bulanan melalui Direct Debit.
Bagi yang ingin menyumbang secara bulanan, boleh KLIK LINK INI UNTUK DIRECT DEBIT INSANIAH RAKYAT <
Sumbangan bulanan boleh dibuat, insyaAllah bermula RM 10 sebulan. Setelah tuan dan cikpuan mendaftar di link di atas, wang sumbangan akan ditolak dari akaun antara 1 – 7hb pada setiap bulan InsyaAllah. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami melalui WhatsApp di talian 010 8080 474
kami suka dan amat menghargai sumbangan dari pihak tuan dan cikpuan. Kami mendoakan sebanyak mana sumbangan ikhlas (termasuk doa) yang diberikan ini, iaitu termasuk bagi melancarkan pengurusan sukarelawan dan juga sebahagian besarnya bagi sumbangan membantu individu yang memerlukan, menjadi sebagai salah satu amal yang dinilai Allah antara timbangan yang paling berat di akhirat kelak. Aamiin YRA.
KAMI SUKA!




